Percetakan Kenanga Sdn Bhd adalah sebuah syarikat percetakan berstatus Bumiputera yang dilindungi oleh Memorandum and Articles (M&A) di bawah Akta Syarikat 1965. Penubuhan Perc- etakan Kenanga bertujuan untuk bersaing secara sihat dengan kilang-kilang percetakan yang sedia ada bagi menghasilkan bahan cetakan yang bermutu tinggi. Fokus syarikat Percetakan Kenanga ini adalah kepada agensi-agensi kerajaan, separa kerajaan dan swasta. Mesin-mesin yang digunakan merupakan mesin-mesin yang berteknologi tinggi, canggih serta terkini (up to date). Kami mempunyai mesin-mesin seperti berikut:
Mitsubishi Daiya 4 co|our
Mitsubishi Diamond 6 colour
UV & Laminating Machine
Digital Xerox 80 (Latest Model)
Berbekalkan dengan pengalaman yang ada, kami percaya syarikat ini mampu
berdiri sama tinggi
dengan kilang-kilang percetakan yang lain kerana kami amat
menitikberatkan kualiti sorta berusaha untuk memenuhi harapan dan permintaan pelanggan
dalam setiap cetakan yang dihasilkan.
VISI SYARIKAT
Visi Percetakan Kenanga Sdn. Bhd. adalah untuk menjadi salah satu kilang percetakan Bumiputera yang unggul, berwawasan, berdaya saing, innovatif serta kreatif dalam menghasilkan bahan-bahan cetakan yang berkualiti tinggi
MISI SYARIKAT
Percetakan Kenanga Sdn. Bhd. mengutamakan slogan " Your Trust, Our Virtue" iaitu mengutamakan kepuasan pelanggan dengan memberi perkhidmatan percetakan yang terbaik.
KILANG
Kilang ini amat menitikberatkan kualiti serta mutu pada setiap percetakan yang kami Iakukan. Kami berpegang teguh pada kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan. Kilang ini dapat menampung pelbagai jenis tempahan disebabkan kami mempunyai pelbagai mesin-mesin yang canggih.
PEKERJA
Carta organisasi yang teratur membolehkan pihak syarikat mempunyai perhubungan yang sangat baik serta akrab dengan pekerja. Setiap pekerja baru diberi Iatihan yang intensif. Kami mempunyai pekerja yang mahir dan berpengalaman lama.
PEMBEKAL
Percetakan Kenanga Sdn Bhd mempunyai hubungan yang baik dengan pembekaI-pembekal bahan mentah dan peralatan yang berkaitan.