Berasal dari Sabah, Mohd Redzuan Hasan @ Awang Redzuan merupakan lulusan Bachelor of Human Resource Management with Honours - OUM 2016 dan Diploma Pengurusan Teknologi UTM pada tahun 2005. Sebelum menceburkan diri dalam bidang perniagaan sepenuhnya, beliau memulakan carier di International Bank selama beberapa tahun dan dalam lingkungan 11 tahun bersama dalam industri banking banyak membantu beliau membina jaringan kenalan disamping banyak mendedahkan diri kepada beberapa program keusahawanan serta kemahiran dalam menuntut ilmu. Selain itu juga beliau terlibat secara tidak langsung ke beberapa sektor perniagaan seperti Insurance (Gen dan Life), Textile, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Produk Kesihatan dan juga Syarikat Percetakan.
Setelah bertugas selama 11 tahun dalam industri banking, Beliau mengambil keputusan untuk resign. Adalah satu perkara yang sangat mencabar malah perlu perancangan yang lebih teliti, dan beliau tekad disamping membantu istri dalam menguruskan hal-hal perniagaan.
Kecekalan serta tidak pernah berputus asa, serta semangat yang tidak pernah luntur, hari ini beliau fokus kepada bidang percetakan sepenuhnya. Terlibat dalam percetakan ini sejak 2010 lagi apa bila beliau menguruskan beberapa mesin indusri percetakan dan juga menguruskan urusan trade daripada luar negara.
Menjalankan perniagaan cenderamata, pakaian, uniform, baju sukan sekolah serta percetakan banner, bunting dan fliers. Perniagaan ini diusahakan secara serius memandangkan permintaan tinggi di kalangan pelanggan selain menjadi pembekal utama kepada syarikat APC- Anak Pintar Centre syarikat yang dipelopori oleh istri Nor Raídah Bt Jalil. Mempunyai 12 cawangan Taska, Tadika serta Pusat Jagaan Kanak-kanak sekitar negeri Melaka, Seremban dan Kajang Selangor.
Usaha tidak terhenti disitu, perancangan untuk meluaskan jaringan perniagaan sentiasa diperhalusi dengan teliti bagi mempertingkatkan ekonomi bumiputra selain memberi peluang kepada usahawan lain.
Berkonsepkan “harga kami lebih murah” menjadikan kami mempunyai ramai rangkaian seluruh negeri termasuk Brunei.
Dalam tranformasi alaf baru kini, Syarikat beliau juga tidak ketinggalan dalam menggunakan medium FB, IG serta Google ads dalam mempromosikan perniagaan yang ada. Tidak dinafikan dan ini adalah impak yang sangat ketara untuk terus sampai kepada pengguna menjadikan permintaan semakin tinggi dari masa ke semasa.
Berkerjasama dengan beberapa institusi pendidikan bagi membantu mendedahkan Pelajar Bumiputra dalam Latihan Industri Percetakan Kenanga Sdn. Bhd. termurah No 1 di Malaysia.
Dari Kiri: Nor Raidah Bt Jalil, Awang @ Mohd Redzuan B. Hasan, Amy Nadia serta kakitangan seramai 60 orang dalam membantu operasi perniagaan Anak Pintar Centre SDN BHD, Anasera World Trading dan juga Percetakan Kenanga SDN BHD.
Awang @ Mohd Redzuan B. Hasan bersama dengan Ketua Menteri Melaka.